Kemuncak kesedihan dalam kursus itu, kemarahan anak kecil yang marah dengan Bangsanya itu, sanggup kencing di kubur .... renungkan antara lirik LAGU WARISAN.
ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA SEPI
AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DI PIJAK MILIK ORANG
.... NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMA KITA .....
Setiap tahun 31 Ogos... kita sambut KEMERDEKAAN. Hakikatnya pemimpin2 Politik semua tahu bahawa hakikatnya kemerdekaan yang di perolehi itu hanya sedikitnya tetapi REALITINYA masih lagi di jajah ...PENJAJAHAN MINDA...Satu senjata yang dilepaskan oleh Penjajah pada kita yang amat BAHAYA. Buktinya, Tun Mahathir dari awal lagi sudah beri INGATAN pada kita semua.
PERJUANGAN BELUM SELESAI
Antara Petikannya:
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
****
Kini Bangsa Kita dan Rakyat Malaysia dalam keadaan yang amat membimbangkan. Kesan dari DEMOKRASI BARAT dan majoriti rakyat sedar dan tahu bahawa PENJAJAHAN MINDA peninggalan penjajah melalui sistem POLITIK ini akhirnya telah sampai kemuncak yang memberi KESAN BURUK PADA SEMUA.
Tanda-tanda mula menampakkan kesan buruk bila mana ada pemimpin2 Politik yang kononnya berjuang atas nama Islam telah lantang berceramah pasal nak rebut pemerintahan, katanya melalui Partinya sahaja yang betul. Akhirnya, berlaku perpecahan hebat di kampung-kampung, semabahyang dua Iman, tuduhan kafir dsb. Ya, Allah...apakah dengan kaedah dan cara itu sebenarnya mengikut cara Islam. Walaupun matlamat baik, tapi pelaksanaan yang tak betul akhir sampai hari ini tidak mendapat pertolongan malahan seribu satu masaalah melanda. Inilah akibatnya, bila perjuangan yang tidak IKHLAS ITU akhirnya di atas dunia lagi semua rakyat dapat saksikan.
Paling parah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri yang yang di takdirkan oleh Allah telah di lucutkan jawatan mula tidak dapat kawal nafsu dalam diri, kononnya atas dasar dan prinsip KEADILAN mula melakukan satu bantahan dan mempengaruhi ramai rakyat Malaysia..REFORMASI..Padahal semasa menjadi timbalan Pendana Menteri, beliaulah yang memainkan peranan penting menghancurkan usaha Jemaah Islam yang telah banyak jasanya. Masih segar dalam ingatan bagaimana Ketua Jemaah Islam itu dengan penuh kebijaksanaannya," Sebagai rakyat kita ibarat seorang anak dan pemerintah ibarat Ayah"
Walau pun di haram dan di tangkap dan di kenakan Tahanan ISA, pemimpin tersebut dengan penuh bijaksna teruskan perjuangan tanpa menjejaskan keamanan Negara. Akhirnya kini, Jemaah tersebut besar sumbangan pada Negara dan menjadi kuat dan kini melebarkan PERJUANGAN SELURUH DUNIA. Sumbangan Ilmu tidak ternilai dan berjaya menulis lebih dari 92 buku.
Rakyat Malaysia pelbagai kaum di Malaysia ini semakin bijak untuk menilai, tambahan dalam ledakan terhebat revolusi It ini, dunia di hujung jari dan berita setiap detik dapat di perolehi.
Sebagai orang Melayu beragama Islam, tidak kita tahu bahawa Piagam Madinah adalah satu Perlembagaan Pertama Dunia dan berjaya membina empayar dunia berdasarkan 4 prinsip;
1. Keadilan (Tauhid)
2. Silaturrahim
3. Kebajikan
4. Cegah Mungkar
Siapalah kita untuk nak ambil Tugas Allah, sedangkan pada hakikatnya yang menaikkan seseorang pemimpin itu adalah Allah.
Kepada ahli2 politik semua...kembalilah kepangkal JALAN. FAHAMILAH ERTI KASIH SAYA. APAKAH WAJAR ANDA SEORANG YANG BERGELAR ULAMA, SAAT KETUA PEMERINTAH NEGARA SEDANG SIBUK BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, ANDA SIBUK BERCERAMAH SEGENAP KAMPUNG MENGAMBIL TUGAS ALLAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI ANDA DAN TERSIRAT DALAM HATI ANDA AGAR PENDENGAR SEMUA TERPENGARUH DENGAN CERAMAH ANDA AGAR BILA MENGUNDI NANTI...UNDILAH ANDA. SIA2 SAHAJA KERANA SUDAH PASTI USAHA ANDA TIDAK DAPAT MELEPASI LANGIT KE TUJUH.
PADA SEMUA RENUNGKAN PETIKAN KATA2 TUN MAHATHIR INI,
Dr M: Perjuangan untuk jawatan PM membahagikan Melayu, memperkasakan minoriti
KUALA LUMPUR, 9 Feb - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyamakan ahli-ahli politik Melayu dalam kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) "pengemis politik", berkata perebutan mereka untuk menjadi perdana menteri telah membawa mereka untuk merayu untuk sokongan daripada kaum minoriti di negara ini.
Veteran Umno berpengaruh menegaskan bahawa manakala kumpulan-kumpulan minoriti menjadi lebih politik yang berkuasa, orang Melayu telah menjadi semakin dibahagikan dengan berjuang di antara mereka."Majoriti berpecah kepada tiga, kita sedang berjuang di kalangan kita," bekas Perdana Menteri itu berkata di sini.
"Umno, PAS, PKR semua telah menjadi peminta sedekah."
Beliau menyamakan keadaan perselisihan antara mazhab-mazhab Islam Sunni dan Syiah di dunia Arab, yang telah mengakibatkan keganasan dan pembunuhan.
No comments:
Post a Comment