Friday, 8 February 2013

Bangsa Melayu Bakal Menempa Sejarah Besar Dunia



Jadual Allah adalah satu dasar yang dijadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran yang dijanjikan buat kali kedua. Ianya merupakan satu kebangkitan kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama 700 tahun. Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah lagi.
Kalau kita berjuang di waktu Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan di dunia tetap Allah nilai dengan ganjaran pahala, dan jika mati ketika membela Allah dan RSAW, dikira mati dalam kebaikkan. 

Betapalah kita ditakdirkan berada di kurun yang dijanjikan, Islam sekali lagi akan diberikan kemenangan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh. Tempoh masa zaman kegemilangan Islam tersebut berlaku selama 700 tahun. Prinsip ketaatan menjadi pegangan penting bagi umat ketika itu.
Maka kesetiaan atau ketaatan adalah prinsip paling penting daripada setiap peribadi yang berada dalam sebuah jemaah untuk merealisasikan tujuan tersebut.

 Ketaatan dalam Islam adalah sangat penting, sebagaimana yang Allah perintah di dalam Quran :


         أطيع الله والرسول وأولى الامرمنكم

            “Hendaklah kamu taat kepada. Allah,Rasul SAW dan pemimpin (orang yang diberi tanggungjawab) dikalangan kamu.”
An-Nisa: 59
 
Dalam Islam; selepas persoalan Iman atau keyakinan ialah ukhwah Islamiah, kesefahaman dan keselarasan.
Abuya sering mengingatkan kita tentang pentingnya ketaatan kepada jemaah untuk membenarkan Jadual Allah berlaku agar Islam dapat didaulatkan buat kali kedua.
Semua kaum atau bangsa atas nama Islam pernah menerajui kepimpinan dunia atas nama Islam. Cuma bangsa melayu belum lagi, dan kita yakin sebagaimana yang telah Abuya beritahu kali ini adalah giliran orang melayu akan menjadi empayar Islam. Bangsa melayu akan menjadi penaung kepada bangsa-bangsa yang lain. Yakinlah!
Pengalaman kita berdakwah ke seluruh dunia, meyakinkan kita bahwa orang melayu sangat disenangi dan mudah diterima oleh mana-mana bangsa dan oleh mana-mana negara umat Islam. Bahkan model Islam yang Abuya perkenalkan sangat disenangi, sekali pun di negara-negara yang majoriti bukan beragama Islam.
وتلك الأيام نداولها بين الناس
“...dan demikian keadaan hari-hari itu (dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami (Allah) pergilirkan ia di kalangan manusia.”
Al-Imran: 140

Marilah kita menagih janji Allah melalui lidah Rasul SAW bahawa Islam takkan kalah lagi. Sama-samalah kita renungkan dan hayati sajak Abuya ini.

Mengikut keterangan Hadis
Kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman
Tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diteraju oleh Ikhwan
Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul akhir zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu'alaihim
Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim Mujaddid akhir zaman
Para-para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya
Ada yang berdoa agar umur panjang
Ia bermula dari Timur
Kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah, pusat pentadbiran
Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan jemaah Sahabat di zaman silam
Bilangan mereka sedikit tapi solid
Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan kawan
Juga Ikhwan di antara satu sama lain sebagai persaudaraan
Mereka Ruhbanu Billail wa Fursanun fin Nahar
Malam jadi abid, siang menjadi pejuang
Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang
Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi oleh umat Islam di setiap zaman
Pejuangnya sudah dibayang
Macamlah kemenangan Muhammad Al Fateh
Bersama pejuang-pejuangnya ke atas Konstantinopel
Ciri-cirinya telah dibayangkan
Iaitu pemimpin yang baik, tentera yang baik, rakyat yang baik di zamannya
Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna diberilah kemenangan
Begitulah kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman
Bila ciri-cirinya wujud di dalam jemaah pejuang-pejuangnya
Tuhan akan memberi kemenangan
Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan
Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur dapat mengisi ciri yang telah digambarkan
Itulah dia jemaah Ikhwan
Kepada tangan mereka itulah yang akan diberi kemenangan
Selain jemaah ini semuanya kecundang
Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh
Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan
Selepas Asar
13.9.99
ABUYA SYEIKH IMAM ASYAARI MUHAMMAD ATTAMIMI


Siri Pembongkaran Sejarah Negara

 Nampaknya dunia memang sudah hampir dengan penghujung nya..bila kebenaran mula terbongkar satu persatu, maknanya cerita dah nak habis.. Kesian, Antara nama yang Ungul pada zaman dahulu adalah Munsyi Abdullah..beliau digelar dengan nama "Bapa Persuratan Melayu",“Tokoh Penulisan Moden” . kalau ikut kan, latar belakang dia cukup hebat.. cukup alim/ulamak, tapi itu dari kacamata buku terbitan penjajah..

Munsyi abdullah adlah ornag upahan penjajah (Stamford Raffles) rupanya..dia menulis apa yang yang dikehendaki penjajah.. ada yang mengatakan..Bible yang pertama yang di translate kebahasa melayu juga hasil kerja tangan beliau. beliau lah juga yang bertanggungjawab menulis sejarah melayu. jadi jelaslah, sejarah yang kita ada hari ni semuanya sampah..sejarah yang mengikut kehendak penjahah dan pembohongan sama sekali. hari ini semakin terselah, orang yang kita anggap musuh, sebenarnya adalah penyelamat kita, dan orang yang kita sangka pembela kita..rupanya musuh dalam selimut dan penghianat besar.

 Melayu di gambarkan dgn orang bodoh , tak tau memajukan diri, rupanya, melayu adalah  pelopor kemajuan dunia. 

Benarlah kata ulamak..

Melayu adalah satu bangsa yang amat hebat satu ketika dulu..kini, melayu akan kembali bangkit untuk menjadi bangsa terhebat dunia...melayu palsu ciptaan penjajah..akan hancur satu persatu.. marilah kita lihat antara keunggulan sejarah melayu yang dulu..kalau kita melihat cerita Thailand, Langkasuka.. ia adalah sejarah yang benar..   

Teknologi peperangan bangsa melayu dahulu 


Anak-anak Melayu membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.

Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak musuh Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Adakah ini realiti sebenar tentang teknologi peperangan dan pensenjataan orang Melayu? Dalam artikel ini, akan di dedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang Melayu di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).

Pendedahan ini bakal menunjukkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menyanggah anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Artikel selanjutnya...

No comments:

Post a Comment