Monday 18 February 2013

Era IT : Ilmu Bermanafaat atau Penyebar Fitnah

Tuhanku,

lzinkanlah hambaMu ini menuliskan  tentang tajuk "Era IT : Ilmu Bermanafaat atau Penyebar Fitnah, negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku,

Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.

Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.

Ya ALLAH,
Kiranya hal  dalam Era IT di gunakan oleh Bangsa Melayu terutamanya anak-anak muda Melayu untuk menyebarkan Fitnah ini dibiarkan maka amat rugilah dalam Era Kasih Sayang ini . Dan akan tertipulah umat Islam selamanya. Masakan tergamak hambaMu merelakan keadaan yang demikian itu terjadi tanpa pembelaan?

Wahai Tuhan,
Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.

Akhimya, pinta hamba pada Mu Tuhan, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi. Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.
Amin, ya ALLAH.

ASAS PIAGAM MADINAH

KEADILAN (TAUHID)
SILATURRAHIM
KEBAJIKAN
CEGAH MUNGKAR

KASIH SAYANG ... KUNCI PERPADUAN SEJAGAT



 Petikan dari Tulisan Kakak Angkat dari Jakarta, Indonesia:


 
Dunia ini berisi milyaran pilihan warna yang mewakili keindahan ciptaan Tuhan

Monday 11 February 2013

Berani Berubah : Aku Tuntut Hak Kelahiranku

Tuhanku,

lzinkanlah hambaMu ini menuliskan di blog ini yang bertajuk BERANI BERUBAH : AKU TUNTUT HAK KELAHIRANKU ,   di mana hambaMu sedang berpijak di bumi Malaysia sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang dari pelbagai bangsa dan dengan limpah RahmatMu, hidup rukun dan damai. Alhamdulillah, di bumi Malaysia ini telah di aturkan kini terdiri dari pelbagai Bangsa dan sehingga kini Bangsa Melayu masih lagi mengetuai dalam pemerintahan negara. Syukur padaMu atas limpahan Nikmat dan Rahmat Kasih Sayang dan memberi didikan yang amat berguna padaku untuk lebih memahami Erti Kasih Sayang, semoga anugerah tulisan ku berhubung KASIH SAYANG adalah lahir dari lubuk hati yang paling dalam.

Tulisanku ini juga ada memuatkan pengalaman2ku sebagai satu contoh kepada semua untuk di kongsi bersama sebagai satu ilmu yang boleh di manafaatkan bersama. Aku seorang hamba yang hina ini, yang banyak lakukan dosa dan kesilapan, bersyukur padaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang anugerahkan ILMU dan REZEKI. 

ALLAH MILIK SEGALA-GALANYA.  ILMU ALLAH..REZEKI ALLAH.

Firman Allah maksudnya:

Bertanyalah (wahai muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya”. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

(Surah Al-An’am ayat 12)

Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku. Rahmat Kasih Sayang ku pohon dariMU.  Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menulis dari lubuk hati ini dengan penuh keikhlasan dan berkongsi pada semua ini dengan tepat. Sekaligus dengan itu dapat mudah di fahami dan hanya Allah sahaja yang dapat membuka pintu hati dan petunjuk. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang masih di dalam Penjajahan Minda ini, untuk mendapat taufik dan hidayah di hati yang apa-apa sahaja yang di lakukan hanya padaMU dan setiap detik mengharapkan pertolongan dan di permudahkan olehMu.

Sekali lagi,  Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untukku tuliskan secara lengkap berkenaan dengan Ilmu yang mula namakan FORMULA 786 ( bermula tahun 2005)  kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu membantu dan permudahkan tulisan ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.

Dalam suatu hadits Nabi saw. Beliau bersabda, Setiap kandungan dalam seluruh kitab-kitab Allah diturunkan, semuanya ada di dalam Al Quran. Dan seluruh kandungan Al Quran ada di datam Al Fatihah. Dan semua yang ada dalam Al Fatihah ada di dalam Bismillah hirrahmaan nirrahiim.
Bahkan disebutkan dalam hadits lain, setiap kandungan yang ada dalam Bismillah hirrahmaan nirrahiim ada di dalam huruf Baa, dan setiap yang terkandung di dalam Baa ada di dalam titik yang berada dibawah Baa.

Setiap usaha dan perbuatan kita mulakan dengan Bismillah hirrahmaan nirrahiim.


Universiti Kehidupan : Cabaran dan Ujian dalam kehidupan yang lalu sebagai Anak Kunci Untuk Membuka Pintu Syurga.

Tuhan yang Maha Baik tidak membiarkan roh  kita berasa selesa tanpa digugat dan diuji. Dalam surah Al-Baqarah ayat 155, Allah berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

SESEORANG atau sesuatu bangsa yang kuat itu, tunjangnya ialah pada kekuatan jiwa di samping kekuatan mental dan kekuatan fizikal. Tanpa kekuatan jiwa, seseorang yang fizikal dan mentalnya kuat akan mudah lemah oleh kesusahan atau cabaran hidup. Pernah seorang pensyarah muda yang sasa bunuh diri kerana kecewa dalam hidup. Seorang penyanyi terkenal yang selalu menghiburkan orang juga bunuh diri kerana tidak tahan menghadapi kesusahan hidup. Itulah bukti bahawa kekuatan jiwa adalah kekuatan asas yang utama bagi manusia. Tanpanya manusia akan jadi selemah-lemah makhluk hingga sanggup membunuh diri sendiri.Jiwa yang kuat itu adalah jiwa yang beriman. Dengan iman,jiwa akan memiliki sifat-sifat sabar, redha, tawakkal, berani, tidak putus asa, tidak kecewa dan lain-lain lagi. Dengan sifat-sifat itulah jiwa atau hati atau roh itu menjadi kuat. Tahan menghadapi cabaran dan ujian.

Dengan jiwa yang kuat saja sesuatu bangsa boleh tampil sebagai bangsa yang berjaya dan maju

Berikut ialah petikan PERJUANGAN BELUM SELESAI yang di sampaikan oleh Tun Mahathir

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya


Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Sajak : AKU TUNTUT HAK KELAHIRANKU DI SAMPAIKAN OLEH AMIR HASSAN PADA 31.8.2006 DI HOTEL DIAMOND PUTERI, KELANTAN.
 
Video ini di ambil pada Majlis Jamuan Team Dreamkaya. Kejayaan besar telah di buat melalui Team ini di bawah pimpinan Amir Hassan. Berjaya melahirkan ramai jutawan dan pengisian modal insan berhubung dengan Ilmu dalam Revolusi  di abad 21 ini berkaitan dengan memanafaat Internet.
Kejayaan yang di luar dugaan ialah berjaya membina jaringan ahli lebih daripada 40 buah negara.

Video JASAMU DI KENANG ini dibuat pada tahun 2006.

Formula 786 kali pertama di perkenalkan pada tahun 2005 melalui satu peluang global yang di sertai pada 22.10.2005

Apakah RAHSIA TERSIRAT DI SEBALIK KEJAYAAN BESAR YANG TELAH DI CAPAI OLEH TEAM DREAMKAYA ?

FORMULA 786 edisi 3 .....  BERSAMA KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA

Pemimpin-pemimpin Politik Malaysia : Jangan Jadikan Bangsa Melayu sebagai PENGEMIS

CCSejarah Hitam Bangsa Melayu yang lalu semua TAHU.   Kami anak2 selepas Merdeka telah di dedahkan melalui buku2 Sejarah bagaimana Bangsa kami MELAYU telah di jajah begitu mudah kerana terdapat sebahagian Bangsa Kami yang hanya hanya pentingkan diri.  Hanya segelintir sahaja yang punyai JATI DIRI sanggup korbankan diri demi Ugama, Bangsa dan Negara.   Kami bangsa Melayu di tempatkan di kampung-kampung.  Kami miskin sedangkan Pemimpin kami hidup dalam kemewahan.  Lagu WARISAN yang di tulis oleh Datuk Dr. Nordin Kardi  mula saya dengan semasa mula menjejakkan kaki di Universiti. Kami juga berpeluang ikuti Kursus di BTN.   Masih segar dalam ingatan, dalam satu sessi kursus kami tidak kawal emosi kami bila di bangkitkan suatu kisah BAGAIMANA SUATU HARI NANTI bagaimana anak cucu kita yang hanya menumpang di Negara sendiri. Bangunan-bangunan besar milik orang, sejarah Bangsa hanya ada di MUZIUM sahaja.  Akibat desakan hidup, anak2 Melayu di bandar menjadi pengemis dan realitinya pada hari ini gadis2 cantik Melayu sanggup bekerja di Pusat-pusat Hiburan dan ada yang sanggup menjadi Pelacur. 

Kemuncak kesedihan dalam kursus itu, kemarahan anak kecil yang marah dengan Bangsanya itu, sanggup kencing di kubur .... renungkan antara lirik LAGU  WARISAN.

ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA SEPI
AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DI PIJAK MILIK ORANG



.... NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMA KITA .....

Setiap tahun 31 Ogos... kita sambut KEMERDEKAAN.  Hakikatnya pemimpin2 Politik semua tahu bahawa hakikatnya kemerdekaan yang di perolehi itu hanya sedikitnya tetapi REALITINYA masih lagi di jajah ...PENJAJAHAN MINDA...Satu senjata yang dilepaskan oleh Penjajah pada kita yang amat BAHAYA. Buktinya, Tun Mahathir dari awal lagi sudah beri INGATAN pada kita semua.

PERJUANGAN BELUM SELESAI



 Antara Petikannya:

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

****

Kini Bangsa Kita dan Rakyat Malaysia dalam keadaan yang amat membimbangkan. Kesan dari DEMOKRASI BARAT dan majoriti rakyat sedar dan tahu bahawa PENJAJAHAN MINDA peninggalan penjajah melalui sistem POLITIK ini akhirnya telah sampai kemuncak yang memberi KESAN BURUK PADA SEMUA.  

Tanda-tanda mula menampakkan kesan buruk bila mana ada pemimpin2 Politik yang kononnya berjuang atas nama Islam telah lantang berceramah pasal nak rebut pemerintahan, katanya melalui Partinya sahaja yang betul. Akhirnya, berlaku perpecahan hebat di kampung-kampung, semabahyang dua Iman, tuduhan kafir dsb.   Ya, Allah...apakah dengan kaedah dan cara itu sebenarnya mengikut cara Islam.  Walaupun matlamat baik, tapi pelaksanaan yang tak betul akhir sampai hari ini tidak mendapat pertolongan malahan seribu satu masaalah melanda.   Inilah akibatnya, bila perjuangan yang tidak IKHLAS ITU akhirnya di atas dunia lagi semua rakyat dapat saksikan.  

Paling parah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri yang yang di takdirkan oleh Allah telah di lucutkan jawatan mula tidak dapat kawal nafsu dalam diri, kononnya atas dasar dan prinsip KEADILAN mula melakukan satu bantahan dan mempengaruhi ramai rakyat Malaysia..REFORMASI..Padahal semasa menjadi timbalan Pendana Menteri,  beliaulah yang memainkan peranan penting menghancurkan usaha Jemaah Islam yang telah banyak jasanya.  Masih segar dalam ingatan bagaimana Ketua Jemaah Islam itu dengan penuh kebijaksanaannya,"  Sebagai rakyat kita ibarat seorang anak dan pemerintah ibarat Ayah"
Walau pun di haram dan di tangkap dan di kenakan Tahanan ISA, pemimpin tersebut dengan penuh bijaksna teruskan perjuangan tanpa menjejaskan keamanan Negara. Akhirnya kini, Jemaah tersebut besar sumbangan pada Negara dan menjadi kuat dan kini melebarkan PERJUANGAN SELURUH DUNIA.  Sumbangan Ilmu tidak ternilai dan berjaya menulis lebih dari 92 buku. 

Rakyat Malaysia pelbagai kaum di Malaysia ini semakin bijak untuk menilai, tambahan dalam ledakan terhebat revolusi It ini, dunia di hujung jari dan berita setiap detik dapat di perolehi. 

Sebagai orang Melayu beragama Islam, tidak kita tahu bahawa Piagam Madinah adalah satu Perlembagaan Pertama Dunia dan berjaya membina empayar dunia berdasarkan 4 prinsip;

1. Keadilan (Tauhid)
2. Silaturrahim
3. Kebajikan
4. Cegah Mungkar

Aplah erti mempunyai bilangan ahli yang besar, sedangkan pemimpin yang mengetuai Parti tetapi GAGAL untuk memimpin pengikutnya pada jalan yang sebenar yang telah di lakukan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad.  Sebaliknya, program2 di di buat sekali sekala semata-mata untuk mencari pengaruh MENANG PILIHANRAYA. 

Siapalah kita untuk nak ambil Tugas Allah, sedangkan pada hakikatnya yang menaikkan seseorang pemimpin itu adalah Allah. 

Kepada ahli2 politik semua...kembalilah kepangkal JALAN.   FAHAMILAH ERTI KASIH SAYA.  APAKAH WAJAR ANDA SEORANG YANG BERGELAR ULAMA, SAAT KETUA PEMERINTAH NEGARA SEDANG SIBUK BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, ANDA SIBUK BERCERAMAH SEGENAP KAMPUNG MENGAMBIL TUGAS ALLAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI ANDA DAN TERSIRAT DALAM HATI ANDA AGAR PENDENGAR SEMUA TERPENGARUH DENGAN CERAMAH ANDA AGAR BILA MENGUNDI NANTI...UNDILAH ANDA.   SIA2 SAHAJA KERANA SUDAH PASTI USAHA ANDA TIDAK DAPAT MELEPASI LANGIT KE TUJUH.

PADA SEMUA RENUNGKAN PETIKAN KATA2 TUN MAHATHIR INI,


Dr M: Perjuangan untuk jawatan PM membahagikan Melayu, memperkasakan minoriti

 KUALA LUMPUR, 9 Feb - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyamakan ahli-ahli politik Melayu dalam kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) "pengemis politik", berkata perebutan mereka untuk menjadi perdana menteri telah membawa mereka untuk merayu untuk sokongan daripada kaum minoriti di negara ini.

Veteran Umno berpengaruh menegaskan bahawa manakala kumpulan-kumpulan minoriti menjadi lebih politik yang berkuasa, orang Melayu telah menjadi semakin dibahagikan dengan berjuang di antara mereka.
"Majoriti berpecah kepada tiga, kita sedang berjuang di kalangan kita," bekas Perdana Menteri itu berkata di sini.
"Umno, PAS, PKR semua telah menjadi peminta sedekah."
Beliau menyamakan keadaan perselisihan antara mazhab-mazhab Islam Sunni dan Syiah di dunia Arab, yang telah mengakibatkan keganasan dan pembunuhan.

Berita selanjutnya;

Contoh yang terkini terbaru bagaimana Rakyat MESIR KINI RAMAI YANG MENJADI PENGEMIS..

LIHAT BUKTINYA..

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah pada semua AHLI2 POLITIK MALAYSIA.


DUNIA INI HANYA SEMENTARA... TIBA MASANYA ANDA SEMUA KEMBALI PADA ALLAH YANG MAHA ESA.



Sunday 10 February 2013

Melayu Kini Memimpin Dunia

Janji Allah untuk kebangkitan Islam pertama telah berlaku dan sekarang kita sedang menagih janji Allah untuk kebangkitan Islam kali kedua. Pada kebangkitan yang pertama, apa yang telah berlaku; sembahyang yang agung, poligami indah, pengorbanan yang luar biasa dan lain-lain. Apakah hal-hal tersebut telah berlaku pada masa ini? Sedangkan kita mahu menagih Janji Tuhan, mesti mengulangi apa yang telah Rasul dan sahabat lakukan.

  



Bercakap tentang poligami; dianggap perkara terpinggir dalam agama. Sedangkan poligami adalah satu perintah daripada Tuhan, sepertilah sembahyang, puasa dan lain-lain. Poligami yang berjaya sangat ada hubungkait dengan sembahyang. Jika sembahyang telah membuahkan hasil, iaitu rasa-rasa hamba; poligami indah akan terbina daripadanya. Begitulah sembahyang yang agung, melahirkan manusia yang luarbiasa.
Poligami sebenarnya menurut Abuya, adalah hasil sembahyang yang agung. Cara hidup agung dihasilkn dari sembahyang yang agung. Itulah hidup yang bersistem dalam semua sudut termasuk poligami. Hasil sembahyang yang menghubungkan hati kuat dengan Allah,  maka mampu berperanan dalam kehidupan.
Begitulah contoh bagaimana sistem Islam yang berjalan hasil sembahyang agung tadi. Bukan saja disudut poligami, bahkan dibidang pendidikan, kebudayaan, dan lain-lain. Kalau dapat disalin apa yang telah baginda lakukan, maka akan terjadilah kebangkitan Islam kedua ini.
 
***

Saudara baru Michael memeluk Islam

Baru-baru ni Syeikh Idris didatangi seorang warga Perancis (christian) di kafe GISB,St,Quentin,Perancis.Beliau menyatakan ingin memeluk agama Islam.Syh Idris mengajaknya ke rumah tamu Abuya di Bohain.Beliau diajar mengucap,ambil wudhu',sembahyang,..Juge ambil power kaabah & pencak bersame kami.TKRSA
 
Syh Idris  mengajar mengucap 2 kalimah syhdah
 
Alunkankan nasyid2 Ketuhanan
 
 
 *********
 
Yahudi adalah musuh Islam. Mereka sangat berdendam dengan baginda dan para sahabat, sangat berdendam dengan Islam. Bilamana Islam berdaulat di tanah arab, mereka telah terhalau dengan sendirinya. Makin kuatlah dendam mereka. Mereka tahu kekuatan umat Islam dimana. Mereka tahu apa punca kekuatan umat Islam pada kebangkitan yang pertama.
Yahudi teruslah dengan dendam dan cita-citanya untuk menghancurkan Islam, maka segala macam dilakukan. Antaranya, yahudi mencipta fahaman-fahaman dikalangan umat Islam seperti Syiah dan Wahabi. Kerana dengan cara melaga-lagakan umat Islam sesama mereka itu, maka umat Islam menjadi lemah.
Sebelum kita mendapat kesedaran, gaya hidup yahudilah yang menjadi pilihan. Maka bila hati telah diberi hidayah, ketika itulah kita ditemukan dengan Abuya yang memimpin kita daripada gaya hidup yahudi kepada Islam yang sebenar. Cara hidup Islam salinan kehidupan rasul dan sahabat. Itulah yang menarik hati kita kepada Abuya.
Bahkan ramai dikalangan kita berperang dengan keluarga sendiri, kerana masih hidup ikut cara yahudi; sedangkan hati telah menerima petunjuk daripada Tuhan. Ada kuasa yang memutarkan hati kita; jatuh cinta dengan Islam dan ikut berjuang bersama Abuya.
 
************
 

Musafir ke Perancis

Alhamdulillah,dah selamat sampai Perancis,menetap kt Bohain..Keluar ke Perancis jap sbb cop pasport..Pesan Ibu Zura ar,selamat berjuang,pergi ke mana saje,jumpe d palestin semule nnti..aminn,,,Zon2 baru Gisb : Amerika,India,Pakistan,Algeria,Tunisia dll.. 
 
 Naek euro tunnel masok ke France
 
 Akhi zin & Syeikh Idris
 
 
 Akhi Hassan sdg sembang mngenai Abuya
 
  Isteri Akhi Hassan,orang Morocco
 
 Akhi Hassan dri Morocco,boleh brbahase arab..(sdg Nasyid dlm b.arab)
 
**********
 
 
Berlakulah ujian demi ujian, yang besarnya bermula bila Arqam diharamkan. Diwaktu itu barulah terasa mahalnya Abuya. Terasa bagai nyawa disentap. Ketika sedang bahagia dengan kehidupan Islam, tiba-tiba ianya hilang begitu saja. Begitulah, hanya Abuyalah yang mampu hidupkan Islam bersamanya serta perjuangkannya. Buktinya, bila diharamkan, tanpa Abuya, Islam kita hilang entah ke mana.
Dengan keberkatan Haji Akbar baru-baru ini, kita dimaklumkan di media massa bahawa jemaah Abuya lebih besar dan makin besar, kaya dan ramai pengikutnya daripada sebelum ini. Bukti lagi bahawa inilah jemaah kebenaran. Setelah diharamkan, diapa-apakan, bahkan yang menentang itu bukan calang-calang kuasa tapi sebuah kerajaan bernegara, namun Abuya berjaya melepasinya. Sesuailah dengan hadis Nabi yang bermaksud:
Akan ada suatu toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran. Ia tidak dapat dikalahkan sesiapa yang menentangnya hinggalah datang ketentuan Allah.
Bahkan sekarang Abuya lebih kuat, kaya, dan sekarang berpusat di Mekah. Abuya itu mujaddid untuk zaman ini. Kita terlalu suka dengan Islam yang Abuya bawa, kita lihat jalannya sangat praktikal. Jadi kita tinggalkan kehidupan sebelum ini. Ketika kena pilih antara dua jalan, kita pun buat keputusan untuk fulltime dengan Allah.
Abuya buatkan kita merindui Imam Mahdi Al-Muntazar; Imam Mahdi yang ditunggu. Abuya kata;
 "Kalau Imam Mahdi datang di Mekah akan kena tangkap, kalau dia datang dengan cara begitu. Risikonya besar kerana yahudi tak akan biarkan. Jadi kita menunggu dengan bersiap sepenuhnya. Persiapan yang akan buatkan dia terbela".
Imam Mahdi nak datang mesti disambut oleh kuasa negara yang nanti diserahkan padanya untuk dia tadbir. Abuya sedang siapkan Daulah Islamiah di Malaysia bersama Imam Mahdi. Sebab itu GISB disiapkan di Haramain. Projek-projek GISB berada di 3/4 dunia, ianya benar-benar sebuah tapak kekhalifahan. Pusatnya di Haramain.
Imam Mahdi ialah lelaki ghaib. Akan datang dari alam ghaib dengan jasadnya dan akan kahwin dan hidup normal seperti manusia biasa. Wajahnya mirip wajah Nabi Muhammad; nama ibu dan bapanya juga sama.
Ianya seperti memberi peluang umat akhir zaman bertemu bayangan Nabi. Jadi Abuya kata Imam Mahdi akan zahir sebagai khalifah kelima. Dia adalah Rasul li Rasul. Orangnya Quraish Bani Hasyim.
Siapa yang akan menyambutnya? Kita semua tak kenal dia. Ghaibnya sudah 85 tahun. Maka ada tujuh wazir yang diketuai PBT, dan dialah yang menyiapkan tapak untuk Imam Mahdi.
Sabda baginda s.a.w.,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan ditabalkan oleh Allah dalam satu malam.” Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
Dari Abdullah bin Al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW;

“Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya”. Riwayat Ibnu Majah.
'Imam Mahdi datang nanti, satu malam sudah siap!'- Ini adalah simbolik malam pertabalan.
Syeikhul Daulah (Abuya) teruslah memimpin hingga kini. Abuya akan jemput Imam Mahdi untuk keluar. Keghaiban Abuya adalah untuk lakukan perkara ini. Inilah skripnya bagaimana Tuhan melakukan jadualnya.
Abuya asalnya dari Wanosobo di Sumberjo. Maknya dibawa ke Malaysia oleh Saiyidi. Abuya yang ghaib dan telah keluar bersama Imam Mahdi dari pintu Kaabah 2 tahun lepas. Kini Imam Mahdi sudah masuk fasa zahir. Imam Mahdi telah beri tanda-tanda kezahirannya, iaitu bencana alam; taufan sandy, yang menghentam pusat dunia yahudi. Semuanya tanda Muhammad kedua akan datang.
Bonda Wasilah didatangi Rasulullah s.a.w., bonda ummu bertanya baginda, bila Imam Mahdi nak zahir; dijawab; ianya rahsia Tuhan. Mereka sedang persiapkan sesuatu yang tak dapat dikesan oleh yahudi.
Untuk kita; Persiapkan rasa rindu, takut dan taat setaat-taatnya pada Allah dan kepada orang orang Allah! Mudah-mudahan dan semoga selamatlah.
Abuya bersama GISB menerajui kepimpinan sebagai persiapan menyambut Imam Mahdi. Futuh Mekah kedua akan berlaku secara aman. Imam Mahdi datang dalam keadaan orang lain tak tahu, kecuali orang-orangnya.
Begitulah Abuya mengheret kita menjejaki  janji Allah untuk kebangkitan Islam kali kedua, bermula dari kesedaran nak hidup cara Islam hingga sekarang sudah hampir kezahiran Imam Mahdi yang akan membawa Islam bertaraf dunia.

Apakah kita sudah mempersiapkan sembahyang yang agung, poligami indah, pengorbanan yang luarbiasa dan lain-lain seperti yang telah berlaku pada kebangkitan kali pertama?❞
 

Friday 8 February 2013

Bangsa Melayu Bakal Menempa Sejarah Besar Dunia



Jadual Allah adalah satu dasar yang dijadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran yang dijanjikan buat kali kedua. Ianya merupakan satu kebangkitan kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi ini setelah jatuh selama 700 tahun. Kali ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah lagi.
Kalau kita berjuang di waktu Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan di dunia tetap Allah nilai dengan ganjaran pahala, dan jika mati ketika membela Allah dan RSAW, dikira mati dalam kebaikkan. 

Betapalah kita ditakdirkan berada di kurun yang dijanjikan, Islam sekali lagi akan diberikan kemenangan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh. Tempoh masa zaman kegemilangan Islam tersebut berlaku selama 700 tahun. Prinsip ketaatan menjadi pegangan penting bagi umat ketika itu.
Maka kesetiaan atau ketaatan adalah prinsip paling penting daripada setiap peribadi yang berada dalam sebuah jemaah untuk merealisasikan tujuan tersebut.

 Ketaatan dalam Islam adalah sangat penting, sebagaimana yang Allah perintah di dalam Quran :


         أطيع الله والرسول وأولى الامرمنكم

            “Hendaklah kamu taat kepada. Allah,Rasul SAW dan pemimpin (orang yang diberi tanggungjawab) dikalangan kamu.”
An-Nisa: 59
 
Dalam Islam; selepas persoalan Iman atau keyakinan ialah ukhwah Islamiah, kesefahaman dan keselarasan.
Abuya sering mengingatkan kita tentang pentingnya ketaatan kepada jemaah untuk membenarkan Jadual Allah berlaku agar Islam dapat didaulatkan buat kali kedua.
Semua kaum atau bangsa atas nama Islam pernah menerajui kepimpinan dunia atas nama Islam. Cuma bangsa melayu belum lagi, dan kita yakin sebagaimana yang telah Abuya beritahu kali ini adalah giliran orang melayu akan menjadi empayar Islam. Bangsa melayu akan menjadi penaung kepada bangsa-bangsa yang lain. Yakinlah!
Pengalaman kita berdakwah ke seluruh dunia, meyakinkan kita bahwa orang melayu sangat disenangi dan mudah diterima oleh mana-mana bangsa dan oleh mana-mana negara umat Islam. Bahkan model Islam yang Abuya perkenalkan sangat disenangi, sekali pun di negara-negara yang majoriti bukan beragama Islam.
وتلك الأيام نداولها بين الناس
“...dan demikian keadaan hari-hari itu (dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami (Allah) pergilirkan ia di kalangan manusia.”
Al-Imran: 140

Marilah kita menagih janji Allah melalui lidah Rasul SAW bahawa Islam takkan kalah lagi. Sama-samalah kita renungkan dan hayati sajak Abuya ini.

Mengikut keterangan Hadis
Kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman
Tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diteraju oleh Ikhwan
Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul akhir zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu'alaihim
Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim Mujaddid akhir zaman
Para-para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya
Ada yang berdoa agar umur panjang
Ia bermula dari Timur
Kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah, pusat pentadbiran
Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan jemaah Sahabat di zaman silam
Bilangan mereka sedikit tapi solid
Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan kawan
Juga Ikhwan di antara satu sama lain sebagai persaudaraan
Mereka Ruhbanu Billail wa Fursanun fin Nahar
Malam jadi abid, siang menjadi pejuang
Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang
Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi oleh umat Islam di setiap zaman
Pejuangnya sudah dibayang
Macamlah kemenangan Muhammad Al Fateh
Bersama pejuang-pejuangnya ke atas Konstantinopel
Ciri-cirinya telah dibayangkan
Iaitu pemimpin yang baik, tentera yang baik, rakyat yang baik di zamannya
Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna diberilah kemenangan
Begitulah kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman
Bila ciri-cirinya wujud di dalam jemaah pejuang-pejuangnya
Tuhan akan memberi kemenangan
Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan
Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur dapat mengisi ciri yang telah digambarkan
Itulah dia jemaah Ikhwan
Kepada tangan mereka itulah yang akan diberi kemenangan
Selain jemaah ini semuanya kecundang
Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh
Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan
Selepas Asar
13.9.99
ABUYA SYEIKH IMAM ASYAARI MUHAMMAD ATTAMIMI


Siri Pembongkaran Sejarah Negara

 Nampaknya dunia memang sudah hampir dengan penghujung nya..bila kebenaran mula terbongkar satu persatu, maknanya cerita dah nak habis.. Kesian, Antara nama yang Ungul pada zaman dahulu adalah Munsyi Abdullah..beliau digelar dengan nama "Bapa Persuratan Melayu",“Tokoh Penulisan Moden” . kalau ikut kan, latar belakang dia cukup hebat.. cukup alim/ulamak, tapi itu dari kacamata buku terbitan penjajah..

Munsyi abdullah adlah ornag upahan penjajah (Stamford Raffles) rupanya..dia menulis apa yang yang dikehendaki penjajah.. ada yang mengatakan..Bible yang pertama yang di translate kebahasa melayu juga hasil kerja tangan beliau. beliau lah juga yang bertanggungjawab menulis sejarah melayu. jadi jelaslah, sejarah yang kita ada hari ni semuanya sampah..sejarah yang mengikut kehendak penjahah dan pembohongan sama sekali. hari ini semakin terselah, orang yang kita anggap musuh, sebenarnya adalah penyelamat kita, dan orang yang kita sangka pembela kita..rupanya musuh dalam selimut dan penghianat besar.

 Melayu di gambarkan dgn orang bodoh , tak tau memajukan diri, rupanya, melayu adalah  pelopor kemajuan dunia. 

Benarlah kata ulamak..

Melayu adalah satu bangsa yang amat hebat satu ketika dulu..kini, melayu akan kembali bangkit untuk menjadi bangsa terhebat dunia...melayu palsu ciptaan penjajah..akan hancur satu persatu.. marilah kita lihat antara keunggulan sejarah melayu yang dulu..kalau kita melihat cerita Thailand, Langkasuka.. ia adalah sejarah yang benar..   

Teknologi peperangan bangsa melayu dahulu 


Anak-anak Melayu membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.

Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak musuh Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Adakah ini realiti sebenar tentang teknologi peperangan dan pensenjataan orang Melayu? Dalam artikel ini, akan di dedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang Melayu di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).

Pendedahan ini bakal menunjukkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menyanggah anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Artikel selanjutnya...

Sekiranya Anak Melayu Tahu Jati Dirinya, Dia Boleh Memimpin dunia...




MIM
LAM ALIF
YA
WAU


membawa pengertiannya tersendiri

MIM
itu Muhammad, yakni bangsa itu ada sifat Muhammad, yakni lemah lembut sopan dan santun.

LAM ALIF
itu Laa Ila Ha Illah, yakni sebagai bangsa pendokong kalimah.
 
YA
 itu bermaksud tempat, yakni bangsa itu ada kawasannya sendiri.
 
WAU
itu Quddus, suci. Yakni bangsa itu hidup dalam kesucian demi untuk kembali kepada Yang Maha Pencipta 


  KEBANGKITAN ISLAM DARI TIMUR 
MENGIKUT JADUAL TUHAN 
DALAM ERA KASIH SAYANG 


Jadual Tuhan Untuk Umat Islam Akhir Zaman

Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul- Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku.    Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:    “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” (Riwayat Ahmad)

Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun kewafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal berlaku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. JADUAL TUHAN YANG TELAH BERLAKU Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.

 1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.
Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 80-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuhnya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergembira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)

2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.” (Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uqduddurar fi akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka  (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:

1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku   atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer) Rasulullah SAW bersabda (lihat matan Hadis di muka 4):
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Riwayat Abu Daud)

4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman

 i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda (lihat matan Hadis di muka 12): Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain: Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia dipenuhi kezaliman.”

iii. Sabda Rasulullah SAW lagi: Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia.”

5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji Imam Mahdi Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat: Maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim mendapat kemenangan di Timur dan merintis jalan untuk Imam Mahdi.

i. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah datangnya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)

ii. Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim: Maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasulullah SAW:

 “Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mereka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW: Maksudnya:

“Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

v. Hadis Ibnu Mas‘ud (lihat matan Hadis di muka 13): Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata:

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72) 7.

Pengisytiharan Imam Mahdi pimpinan ummah di Mekah 

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya: “Inilah Al Mahdi sebagai khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mendapat kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang berbai’ah kepadanya antara rukun Al Aswad dan maqam Ibrahim, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar, kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera (panjipanji) hitam dan mereka menuju ke Syam. Dan Allah menghantar kepadanya 3000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara pembantunya.” (Al Hadis dari kitab As’afur Raghibin)

Sesuai dengan janji Allah dan bukti-bukti nyata maka Islamlah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empayar dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagaimana Allah telah menyerahkannya kepada Rasulullah dan para Sahabat.

Kita kini berada di akhir zaman yang mana sedang berlaku kemuncak kerosakan di lautan dan di daratan. Segala sistem hidup yang ada hari ini telah begitu rosak. Semakin dicari penyelesaian semakin kronik keadaannya. Pembunuhan, pergaduhan, peperangan, penzaliman, penindasan, tipu-menipu, mementingkan diri, jatuh-menjatuhkan dan lain-lain berlaku di mana-mana. Masyarakat manusia sudah tidak ada kasih sayang, tidak boleh bekerjasama, tidak bertolak ansur dan tidak bertolong bantu.

Pergaduhan berlaku di antara suami isteri, anak-anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dan pemimpin, negara dengan negara lain. Manusia sudah hilang kemanusiaannya. Watak dunia hari ini menunjukkan sudah sampai masanya Tuhan mengutuskan penyelamat bagi memimpin manusia serta membaiki segala kerosakan yang berlaku. Begitulah sejarah memberitahu kita. Tambahan pula kita kini berada di sekitar awal kurun yakni awal kurun ke-15 (suku kurun pertama). Di waktu inilah sepatutnya; sepertimana berlaku di kurun-kurun sebelum ini; lahirnya seorang mujaddid.

Jadual Tuhan untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di waktu ini. Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah Timur dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam sedang melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman yang dijanjikan itu. Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah sekitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ialah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya. Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia nampaknya lebih menonjol. Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual Tuhan itu berlaku seperti berikut:

• Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita tahu, orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.

• Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau jemaah atau toifahnya kemudian membesar. Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagakgagak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau mereka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat mereka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:

Maksudnya: “Maka Allah Azzawajalla mengumpulkan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagaikan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.” (Dipetik dari kitab Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)

• Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Namun dia dan pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.

• Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim juga diterima kepimpinannya di Khurasan. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim berbunyi: Maksudnya: Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panjipanji hitam telah diterima di sebelah Khurasan maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al
Mahdi.”

• Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah, nama bapa dan nama ibunya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah. Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengaitkan dengan baginda dari segi hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasulullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizikalnya.

• Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.
• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani Tamim.
• Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkembang ke seluruh dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang belum Islam hingga turunnya Nabi Isa a.s. Dunia dan manusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah keamanan sejagat melalui pemimpin tiga serangkai: Putera Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Setelah kedatangan Nabi Isa a.s., semua manusia akan masuk Islam. Maka selamatlah manusia daripada api Neraka. Itulah dikatakan rahmat Tuhan kepada seluruh manusia. Sejarah pasti berulang. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap sedia. Seperti juga peristiwa selepas mati, di alam Barzakh, di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah ceritakan. Supaya kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang direzekikan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang yang mengingkarinya.


ISLAM ada agenda tersendiri yang telah dijadualkan oleh Allah SWT. Jadual dari yang Maha Mengetahui dan Maha Sempurna. Namun, agenda dan jadual Allah SWT ini dipinggirkan. Sebaliknya umat Islam membuat jadual sendiri atau mengikut jadual ciptaan Barat. Ini sangat bercanggah dengan sikap Rasulullah SAW Ketika itu.Rom dan Farsi merupakan dua empayar besar. Rasulullah tidak mengikut mereka tetapi mengikut agenda dan jadual Allah SWT. Sejarah juga membuktikan para mujaddid adalah mereka yang mengikut jadual Allah SWT.

Ketepatan menurut kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya itulah faktor paling utama kemenangan dan kejayaan bakal diberikan oleh Allah. Ini kerana ia merupakan janji Allah SWT kepada manusia di sepanjang zaman serta ada jaminan kemenangan, kejayaan dan keberhasilan umat Islam dunia dan Akhirat.
Di antara janji Allah SWT melalui lidah Rasul-Nya (nas- nasnya akan dinyatakan dalam bab-bab seterusnya):

Pertama:
Setiap awal kurun, Allah SWT akan munculkan seorang mujaddid. Di tangan mujaddid inilah Islam dan umatnya akan kembali gemilang dan berdaulat. Tidak salah bagi siapa pun yang mempunyai cita-cita perjuangan berhempas pulas untuk berjuang, kerana itu sudah taklif (menjadi tanggung-jawab). Dan andainya ikhlas serta menepati syariat, Allah tetap memberi pahala. Namun kejayaan perjuangan hanya Allah SWT janjikan dianugerahkan kepada pemimpin yang Allah SWT janjikan iaitu mujaddid-Nya.
Kedua:
Terdapat tiga ‘figure’ yang disimpan oleh Allah SWT di akhir zaman ini iaitu Putera Bani Tamim, Al Mahdi dan Nabi Isa a.s. Sebelum kemunculan Al Mahdi, ia didahului oleh Putera Bani Tamim yang memperjuangkannya sehingga tertegaknya sebuah pemerintahan yang bertaraf daulah atau negara. Daulah itu merupakan tapak kepada ummah.
Ketiga:
Munculnya Al Mahdi dan Putera Bani Tamim adalah di awal kurun.
Ke-empat:
Oleh kerana kebangkitan itu di Timur, sudah pastilah kawasan Timur yang paling subur  keislamannya itu menjadi tapak kepada kebangkitan tersebut. Maka berani kami katakan bahawa Malaysialah yang dimaksudkan Timur itu. Oleh itu dapat pula disimpulkan bahawa Putera Bani Tamim itu berada di Malaysia.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Yahudi dalam perancangan New World Order oleh protocol Zionis itu ialah

i. Mengambil ilmu-ilmu Al Quran yang menguntung untuk dibangunkan.

ii. Mana-mana ilmu yang merugikan mereka, Yahudi ambil juga tapi diterbalikkan semuanya.

iii. Janji Allah untuk Umat Islam ditentang dan dilawan habis-habisan.

Hasil dari semua inilah, maka Allah izinkan dunia ini sekarang menjadi kepunyaan kamu. Sedangkan kalaulah bukan dengan belajar dari Muhammad ini, masakan ini semua tidak akan berlaku kepada kamu. Tidak malukah kamu berguru dengan musuh mu? Kemudian membanggakan sebagai hak mutlak kamu! Sebenarnya wahai Yahudi, bila kamu lihat nanti bagaimanakah para Muhammad menggunakan teknologi roh yang Allah rezekikan pada mereka 1000 kali ganda mengatasi teknologi yang kamu pakai sekarang, kamu akan malu untuk berbangga. Hancurlah semuanya milik kamu itu bilamana Islam kembali menjadi empayar menyelamatkan semula seluruh dunia. Kamu cuma perlu menunggu hanya sedikit masa sahaja lagi, hanya beberapa hari sahaja lagi, dikeranakan di pusat Yahudi kini di Arab Saudi sudah terjadi seperti Tsunami, ledakan-ledakan seperti gunung berapi, laharnya akan mengelilingi Israel, ertinya akan hancurlah kezalimanmu di Gaza bahkan diseluruh dunia.

Egypt: U.S. Puppet Regime On Verge of Collapse

Kurt Nimmo Infowars.com January 28, 2011 In an interview with NPR, Joe Biden stumbles his way through soft ball questions about Egypt and the dictator Hosni Mubarak, who Biden identifies as a personal friend. In the process, Biden reveals…

Berakhirnya New World Order

Insya Allah, waktu itu Umat Islam akan kembali mengagungkan Allah dan Nabi mereka ini akan menjadi begitu bermakna dan berharga semula kepada mereka.