Monday, 11 February 2013

Berani Berubah : Aku Tuntut Hak Kelahiranku

Tuhanku,

lzinkanlah hambaMu ini menuliskan di blog ini yang bertajuk BERANI BERUBAH : AKU TUNTUT HAK KELAHIRANKU ,   di mana hambaMu sedang berpijak di bumi Malaysia sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang dari pelbagai bangsa dan dengan limpah RahmatMu, hidup rukun dan damai. Alhamdulillah, di bumi Malaysia ini telah di aturkan kini terdiri dari pelbagai Bangsa dan sehingga kini Bangsa Melayu masih lagi mengetuai dalam pemerintahan negara. Syukur padaMu atas limpahan Nikmat dan Rahmat Kasih Sayang dan memberi didikan yang amat berguna padaku untuk lebih memahami Erti Kasih Sayang, semoga anugerah tulisan ku berhubung KASIH SAYANG adalah lahir dari lubuk hati yang paling dalam.

Tulisanku ini juga ada memuatkan pengalaman2ku sebagai satu contoh kepada semua untuk di kongsi bersama sebagai satu ilmu yang boleh di manafaatkan bersama. Aku seorang hamba yang hina ini, yang banyak lakukan dosa dan kesilapan, bersyukur padaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang anugerahkan ILMU dan REZEKI. 

ALLAH MILIK SEGALA-GALANYA.  ILMU ALLAH..REZEKI ALLAH.

Firman Allah maksudnya:

Bertanyalah (wahai muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya”. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

(Surah Al-An’am ayat 12)

Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku. Rahmat Kasih Sayang ku pohon dariMU.  Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menulis dari lubuk hati ini dengan penuh keikhlasan dan berkongsi pada semua ini dengan tepat. Sekaligus dengan itu dapat mudah di fahami dan hanya Allah sahaja yang dapat membuka pintu hati dan petunjuk. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang masih di dalam Penjajahan Minda ini, untuk mendapat taufik dan hidayah di hati yang apa-apa sahaja yang di lakukan hanya padaMU dan setiap detik mengharapkan pertolongan dan di permudahkan olehMu.

Sekali lagi,  Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untukku tuliskan secara lengkap berkenaan dengan Ilmu yang mula namakan FORMULA 786 ( bermula tahun 2005)  kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu membantu dan permudahkan tulisan ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.

Dalam suatu hadits Nabi saw. Beliau bersabda, Setiap kandungan dalam seluruh kitab-kitab Allah diturunkan, semuanya ada di dalam Al Quran. Dan seluruh kandungan Al Quran ada di datam Al Fatihah. Dan semua yang ada dalam Al Fatihah ada di dalam Bismillah hirrahmaan nirrahiim.
Bahkan disebutkan dalam hadits lain, setiap kandungan yang ada dalam Bismillah hirrahmaan nirrahiim ada di dalam huruf Baa, dan setiap yang terkandung di dalam Baa ada di dalam titik yang berada dibawah Baa.

Setiap usaha dan perbuatan kita mulakan dengan Bismillah hirrahmaan nirrahiim.


Universiti Kehidupan : Cabaran dan Ujian dalam kehidupan yang lalu sebagai Anak Kunci Untuk Membuka Pintu Syurga.

Tuhan yang Maha Baik tidak membiarkan roh  kita berasa selesa tanpa digugat dan diuji. Dalam surah Al-Baqarah ayat 155, Allah berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

SESEORANG atau sesuatu bangsa yang kuat itu, tunjangnya ialah pada kekuatan jiwa di samping kekuatan mental dan kekuatan fizikal. Tanpa kekuatan jiwa, seseorang yang fizikal dan mentalnya kuat akan mudah lemah oleh kesusahan atau cabaran hidup. Pernah seorang pensyarah muda yang sasa bunuh diri kerana kecewa dalam hidup. Seorang penyanyi terkenal yang selalu menghiburkan orang juga bunuh diri kerana tidak tahan menghadapi kesusahan hidup. Itulah bukti bahawa kekuatan jiwa adalah kekuatan asas yang utama bagi manusia. Tanpanya manusia akan jadi selemah-lemah makhluk hingga sanggup membunuh diri sendiri.Jiwa yang kuat itu adalah jiwa yang beriman. Dengan iman,jiwa akan memiliki sifat-sifat sabar, redha, tawakkal, berani, tidak putus asa, tidak kecewa dan lain-lain lagi. Dengan sifat-sifat itulah jiwa atau hati atau roh itu menjadi kuat. Tahan menghadapi cabaran dan ujian.

Dengan jiwa yang kuat saja sesuatu bangsa boleh tampil sebagai bangsa yang berjaya dan maju

Berikut ialah petikan PERJUANGAN BELUM SELESAI yang di sampaikan oleh Tun Mahathir

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya


Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Sajak : AKU TUNTUT HAK KELAHIRANKU DI SAMPAIKAN OLEH AMIR HASSAN PADA 31.8.2006 DI HOTEL DIAMOND PUTERI, KELANTAN.
 
Video ini di ambil pada Majlis Jamuan Team Dreamkaya. Kejayaan besar telah di buat melalui Team ini di bawah pimpinan Amir Hassan. Berjaya melahirkan ramai jutawan dan pengisian modal insan berhubung dengan Ilmu dalam Revolusi  di abad 21 ini berkaitan dengan memanafaat Internet.
Kejayaan yang di luar dugaan ialah berjaya membina jaringan ahli lebih daripada 40 buah negara.

Video JASAMU DI KENANG ini dibuat pada tahun 2006.

Formula 786 kali pertama di perkenalkan pada tahun 2005 melalui satu peluang global yang di sertai pada 22.10.2005

Apakah RAHSIA TERSIRAT DI SEBALIK KEJAYAAN BESAR YANG TELAH DI CAPAI OLEH TEAM DREAMKAYA ?

FORMULA 786 edisi 3 .....  BERSAMA KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment